Thursday, 14 August 2014

CHOCOLATE MOIST BY ME


Makanan raya…

CHOCOLATE MOIST BY ME

Assalamualaikum…

Untuk entry yang pertama sempena bulan syawal ni nak la pos pasal makanan yang selalu buat  semasa raya.. hehe

Kalau orang dating rumah je selalu ak akan hidangkan kek coklat moist yang lazat lagi berkrim.. kek ni selalunya aku buat sehari sebelum raya pertama lepas je dengar pengumuman dekat tv..biasanya masa buat kek tu semua orang nk buat tai bila nak mengmas sume cabut lari..habis dapur tunggang langgang di buatnya..

Last2 aku ni la yang kene buat..yang lain buat muka seposen je..(sambil nyanyi-nyanyi)..sabar jela hati oi..
Sebelum aku wat sesi luahan perasaan baik aku sambung tujuan utama aku  menulis dekat blog ni..

Sebenarnya aku nak kongsi cara buat kek chocolate moist aku yang lazat lagi berkrim tu..mueheehee
So, sesiapa yang tak percaya kesedapan dan kelazatan kek ni bolehla cuba buat sendiri ek..

Nama kek ni kek chocolate moist by me..

Barang – barang utama yang di perlukan untuk buat kek ini ni senang sanagt nak jumpe..korang pergi je kat supermarket or hypermarket or ape-ape marketla mesti ade jual punye..


1.       1 ¼ cawan tepung gandum/ tepung kek(di ayak)
2.       1 cawan gula perang (kalau nak gune gula biasa pon bole cuma rase je la lain sikit..tak jadila kek chocolate moist aku yang sedap ni..hehe)
3.       1 cawan serbu koko (jenama ape pon bole tapi biasanya aku pakai jenama Van Hauton)(di ayak)
4.        1 cawan susu full cream/ susu cair
5.       ½  cawan susu pekat manis
6.        1 cawan minyak masak
7.       1 ½ Butter
8.       3 biji telur
9.       Essen vanilla
10.   1 sudu teh serbuk penaik
11.   1 sudu the soda bikarbonat
Kalau semua barang ni dah ade bolela mulekan misi kita..yayyyy


Mula- mula campurkan semua bahan yang ada kat bawah ni dalam satu bekas, selepas itu masak dalam api yang kecil dan kacau sampai sebati..campur je tak payah fikir-fikir jadi ke tak..hehe tapi kalau tak jadi nasibla ye..
Campuran 1


1.       1 cawan gula perang




1.       1 cawan susu full cream




1.  1.       ½ cawan susu  pekat manis




 1.       1 cawan minyak masak


 1.       1 cawan serbuk koko


 Selepas siap buat campuran yang pertama, kita buat untuk campuran kedua pulak ye..buat kek ni senang je macam main masak-masak.. dulu masa kecik-kecik kalau boleh semua barang kat dapur mak tu kite nak gune untuk main masak-masak..hahhaha  ..hmm..macam tiba-tiba je..(krikkrik..krikk..krikk)..okey abaikan ye..kita sambung balik


Campuran kedua ni guna tiga bahan kering sahaja.. campurkan tiga-tiga bahan kering ni dalam satu bekas yang lain..


Campuran 2

1.       1 ¼ cawan tepung gandum

1.       1 sudu teh soda bikarbonat




Sudu teh serbuk penaik



Selepas siap campurkan ketiga-tiga bahan, letak bahan tadi di tepi dahulu..pastikan bahan yang di atas itu diterlebih dahulu tau..kita buat campuran yang terakhir untuk kek ni..


Untuk campuran ni, kita perlukan dua bahan sahaja ..


Campuran 3

 3 biji telur ayam




   1 sudu the essen vanilla




Campurkan dua bahan ini dengan memecahkan tiga biji telur dan dicampurkan dengan satu sudu the esen vanilla..campurkan bahan-bahan tadi dan gaul sampai sbati..senang je kan..

Selepas siap ketiga _tiga campuran bahan tadi..ambil campuran 3 dan masukkan ke dalam campuran. Selepas itu gaul sampai sebati tau..sampai campuran tadi jadi licin dan halus..selepas itu, masukkan campuran 2 ke dalam campuran tadi..gaulkan semua campuran tadi sampai sebati..
Bila dah rasa campuran tu dah sebati, masukkan campuran tadi ke dalam loyang yang sederhana besar..
Selepas itu, kukuskan selama 1 jam 20 minit..


Lepastu kalau rasa terlebih rajin, bolehla buat topping untuk kek ni..senang je nak buat..

Antara bahan-bahan yang di perlukan untuk buat topping kek ni ialah:
·         1 sudu butter
·         1 bar coklat/serbuk koko
·         ½ cawan susu pekat

Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk, selepas itu masak semua bahan tadi sehingga sebati..
Selepas kek da masak dan di letakkan topping, jadila kek coklat moist by me aku ni..hehehe
Nyummmeeehhh..sedap sangat..jemput makan semua..heheehee


IKAN TERBANG


Ikan terbang...


Assalamualaikum…
Untuk post kali ini saya nak bercerita pasal ikan terbang..bunyinya kelakar kan..hehehe
Seorang daripada sahabat saya semasa sekolah dulu tiba-tiba bertanya kepada saya ‘wei ikan terbang wujud ke?’..jadi, saya pon cepat-cepat bertanya kepda encik google..hehe (macam biasa,sesiapa yang cakap dia tak pernah buat memag tipula kan)
jadi untuk tahu sama ada ikan terbang ini wujud tak, mestilah kena baca penulisan saya ni sampai habis ye..jangan baca sekerat sekerat sahaja..
Ikan terbang atau flying fish atau nama saintifiknya Exocoetidae ni memang wujud..biasanya ikan terbang ni ditemukan di dalam laut umumnya seperti di kawasan tropika dan lautan atlantik, pasifik dan hindia.
Ikan ini boleh terbang kerana memunyai sirip dada yang lebar yang membolehkan dia rerbang secara sementara di udara atau di permukaan ait untuk selamatkan diri daripada pemangsa.
Ini adalah contoh gambar ‘ikan terbang’.


 (https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9Q78H26uZYCCNAJdKdJB_yDVasVIhKq-6sp1ZOQgJXullG4-SBN0FBGzC6sfRfPrlHuEd4Aqja6Exjr9OMDQbK2alTPaidmRvqywha751XG5427pdZDcJUI5P5UcUWObQUN-2gyTsBQ0/s400/flying-fish.jpg)



 (https://unifiedserenity.files.wordpress.com/2012/09/flying-fish.jpg)



 (https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgargAnlEe8Pn55m7P5KakM5x02VSPTAwA18t3bq51pKCMhwPs0kKY5OVKYND-SpEuPLWFEKn7LyPMUS1dsfGeODv-aCc4YWN4P7o18D9WuD6x9kZ8yJFlO1wK1xXj-U5EoY8gcP7YVJ8Qu/s1600/rlnsette2crsj9hj039.jpg)



Menakjubkan kan gambar kat atas ni.. ini pon saya minta daripada encik google..hehehe..
Sekadar perkongsian, ikan ini boleh terbang sehingga sejauh 200 meter  atau lebih..jauh kan..


 (http://www.warrenphotographic.co.uk/photography/bigs/00035-Four-winged-Flying-Fish.jpg)



Kalau anda semua nak tengok ikan terbang ini secara langsung, bolehlah meawat ke Negara  Barbados. Barbados merupakan tempat yang di kenali sebagai ‘tanah ikan terbang’. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah melawat ke tempat ini dan menyaksikan sendiri ikan terbang ini terbang secara lagsung.
Akan tetapi, di Barbados ini, ikan terbang jarang ditemui pada masa ini kerana berlaku pncemaran. Sedihkan apabila haiwan yang cantik seperti ini pupus disebabkan tangan-tangan manusia. Disebabkan itu, ikan terbang jarang di temui lagi. Sesiapa yang bernasib baik sahaja yang akan nampak adegan ikan terbang ini.


Walaupun begitu, ikan terbang masih menjadi lambang Negara Barbados. Duit syiling di Negara ini mempunyai lambang ikan terbang.


(http://st.coinshome.net/coin-image-1_Dollar-Copper_Nickel-Barbados-600-300-otrBwcI0eAEAAAEmOW0dQQiU.jpg)

     
Jadi, ikan terbang memang wujud di alam nyata. Bagi sesiapa yang masih tak percaya bolehlah buat penyelidikan sendiri ye..hehe
Sampai di sini sahaja penulisan saya tentang ikan terbang. Terima kasih kerana sudi membaca.
p/s:kalau ada salah dan silap di dalam penulisan saya sudi-sudiah betulkan yee..terima kasih

IKAN PELIK


Ikan pelik..
Assalamualaikum..
Untuk penulisan kali ini saya mahu menulis pasal ikan yang pelik kat dunia ni. Mesti anda semua jarang nmapak ikan ini. Sebenanya saya pn baru Nampak atau terjumpa ikan ini semasa membaca blog orang lain.(jangan marah ye curi idea sikit..hhehee)
Ikan-ikan ini kebanyakannya ditangkap oleh pemancing atau nelayan. Jangan terkejut tau tengok gamba-gamba ini. Memang pelik habis..hehe. saya pun terkejut masa mula-mula tengok gamba ikan-ikan ni.

BLOBFISH

Ikan pertama yang paling pelik yang pernah dijumpai ialah ikan BLOBFISH.. Serius pelik habis rupa ikan ini.

(http://www.aquaportail.com/pictures1307/blobfish-psychrolutes-marcidus.jpg)
Seram kan rupa ikan ini.. blobfish atau nama saintifiknya Psychrolutes marcidus ini adalh ikan yang berada di dalam laut dalam. Ikan ini ditemui di kawasan laut dalam di luar pantai tanah besar Australia, Tasmania dan perairan New Zealand.
Untuk pengetahuan, sai ika ini biasanya tak melebihi 30 cm. Ia hidup dalam kedalamn antara 2000 hingga 3900 kaki. Dalam kan.

Gambar di bawah merupakan gambar ikan blobfish dari sis

(http://25.media.tumblr.com/tumblr_mdhjhwKpBx1qm8fzgo2_1280.jpg)
Akan tetapi, ikan ini semakin terancam kerana sering terperangkap di dalam jaring pukat tunda.

RED LIPPED BATFISH

Spesis ikan yang seterusnya ialah ikan RED LIPPED BATFISH atau  atau nama saintifiknya ialah  Ogcocephalus darwini adalah ikan yang biasa ditemui di Kepulaun Galapagos. Ikan ini biasanya berada pada kedalaman 30m atau lebih dari aras laut.








(http://2.bp.blogspot.comPD8ctD7RSTI/URiTS8kY_SI/AAAAAAAACGI/qUj4eSpTP78/s1600/8.jpg)
Ikan ini tidak menggunakan siripnya untuk ‘berenang’, tetapi menggunakan siripnya untuk ‘berjalan’ di dasat laut. Aneh sungguh ikan ini kan.

Diet pemakanan ikan ini ialah ikan-ikan kecil dan udang.

AXOLOTL

Spesis ikan yang seterusnya ialah ikan hamster atau AXOLOTL . Ia juga dkenali sebagai Mexican salamander (Ambystoma mexicanum).
Ikan ini berasal daripada daripada tasik. Ia pernah di temui di Tasik Xochimilco asas Mexico City. ikan ini sebenarnya bukanlah seekor ikan tetapi seekor salamander. Ia mempunyai bahagian tubuh yang menyerupai tangan dan kaki dan panjangnya boleh mencapai sehingga 30 cm.



Walaupun kecil, ia mempunyai umur yang panjang. Jangka hayat salamander ini boleh hidup diantara umur 10hingga 15 tahun. Panjangkan umur salamander ini. Axolotl sering hidup di dalam air dan suka memakan ikan kecil, cacing, dan larva.


Sebenarnya terdapat pelbagai spesis ikan yang pelik yang wujud di sekeliling kita. Selain ikan, terdapat juga haiwan dan tumbuhan yang pelik dan unik.
Sampai di sini sahaja penulisan saye. Terima kasih kerana sudi membaca.

p/s: kalau ada silap dan salah, saya minta maaf dan tolong betulkan ye..terima kasih