Ikan terbang...
Assalamualaikum…
Untuk post kali ini saya nak bercerita pasal ikan
terbang..bunyinya kelakar kan..hehehe
Seorang daripada sahabat saya semasa sekolah dulu tiba-tiba
bertanya kepada saya ‘wei ikan terbang wujud ke?’..jadi, saya pon cepat-cepat
bertanya kepda encik google..hehe (macam biasa,sesiapa yang cakap dia tak
pernah buat memag tipula kan)
jadi untuk tahu sama ada ikan terbang ini wujud tak,
mestilah kena baca penulisan saya ni sampai habis ye..jangan baca sekerat
sekerat sahaja..
Ikan terbang atau flying fish atau nama saintifiknya Exocoetidae
ni memang wujud..biasanya ikan terbang ni ditemukan di dalam laut umumnya
seperti di kawasan tropika dan lautan atlantik, pasifik dan hindia.
Ikan ini boleh terbang kerana memunyai sirip dada yang lebar
yang membolehkan dia rerbang secara sementara di udara atau di permukaan ait
untuk selamatkan diri daripada pemangsa.
Ini adalah contoh gambar ‘ikan terbang’.
Menakjubkan kan gambar kat atas ni.. ini pon saya minta
daripada encik google..hehehe..
Sekadar perkongsian, ikan ini boleh terbang sehingga sejauh
200 meter atau lebih..jauh kan..
Kalau anda semua nak tengok ikan terbang ini secara
langsung, bolehlah meawat ke Negara Barbados. Barbados merupakan tempat yang di
kenali sebagai ‘tanah ikan terbang’. Jadi, sesiapa yang berminat bolehlah
melawat ke tempat ini dan menyaksikan sendiri ikan terbang ini terbang secara
lagsung.
Akan tetapi, di Barbados ini, ikan terbang jarang ditemui
pada masa ini kerana berlaku pncemaran. Sedihkan apabila haiwan yang cantik
seperti ini pupus disebabkan tangan-tangan manusia. Disebabkan itu, ikan
terbang jarang di temui lagi. Sesiapa yang bernasib baik sahaja yang akan nampak
adegan ikan terbang ini.
Walaupun begitu, ikan terbang masih menjadi lambang Negara
Barbados. Duit syiling di Negara ini mempunyai lambang ikan terbang.
(http://st.coinshome.net/coin-image-1_Dollar-Copper_Nickel-Barbados-600-300-otrBwcI0eAEAAAEmOW0dQQiU.jpg)
Jadi, ikan terbang memang wujud
di alam nyata. Bagi sesiapa yang masih tak percaya bolehlah buat penyelidikan
sendiri ye..hehe
Sampai di sini sahaja penulisan
saya tentang ikan terbang. Terima kasih kerana sudi membaca.
p/s:kalau ada salah dan silap di
dalam penulisan saya sudi-sudiah betulkan yee..terima kasih
No comments:
Post a Comment