Ikan pelik..
Assalamualaikum..
Untuk penulisan kali ini saya mahu menulis pasal ikan yang
pelik kat dunia ni. Mesti anda semua jarang nmapak ikan ini. Sebenanya saya pn
baru Nampak atau terjumpa ikan ini semasa membaca blog orang lain.(jangan marah
ye curi idea sikit..hhehee)
Ikan-ikan ini kebanyakannya ditangkap oleh pemancing atau
nelayan. Jangan terkejut tau tengok gamba-gamba ini. Memang pelik habis..hehe.
saya pun terkejut masa mula-mula tengok gamba ikan-ikan ni.
BLOBFISH
Ikan pertama yang paling pelik yang pernah dijumpai ialah
ikan BLOBFISH.. Serius pelik habis rupa ikan ini.
(http://www.aquaportail.com/pictures1307/blobfish-psychrolutes-marcidus.jpg)
Seram kan rupa ikan ini.. blobfish atau nama saintifiknya Psychrolutes
marcidus ini adalh ikan yang berada di dalam laut dalam. Ikan ini ditemui di kawasan
laut dalam di luar pantai tanah besar Australia, Tasmania dan perairan New
Zealand.
Untuk pengetahuan, sai ika ini biasanya tak melebihi 30 cm.
Ia hidup dalam kedalamn antara 2000 hingga 3900 kaki. Dalam kan.
Gambar di bawah merupakan gambar ikan blobfish dari sis
(http://25.media.tumblr.com/tumblr_mdhjhwKpBx1qm8fzgo2_1280.jpg)
Akan tetapi, ikan ini semakin terancam kerana sering
terperangkap di dalam jaring pukat tunda.
RED LIPPED BATFISH
Spesis ikan yang seterusnya ialah ikan RED LIPPED BATFISH
atau atau nama saintifiknya ialah Ogcocephalus darwini adalah ikan yang biasa
ditemui di Kepulaun Galapagos. Ikan ini biasanya berada pada kedalaman 30m atau
lebih dari aras laut.
Ikan ini tidak menggunakan siripnya untuk ‘berenang’, tetapi
menggunakan siripnya untuk ‘berjalan’ di dasat laut. Aneh sungguh ikan ini kan.
Diet pemakanan ikan ini ialah ikan-ikan kecil dan udang.
AXOLOTL
Spesis ikan yang seterusnya ialah ikan hamster atau AXOLOTL
. Ia juga dkenali sebagai Mexican salamander (Ambystoma mexicanum).
Ikan ini berasal daripada daripada tasik. Ia pernah di temui
di Tasik Xochimilco asas Mexico City. ikan ini sebenarnya bukanlah seekor ikan
tetapi seekor salamander. Ia mempunyai bahagian tubuh yang menyerupai tangan
dan kaki dan panjangnya boleh mencapai sehingga 30 cm.
Walaupun kecil, ia mempunyai umur yang panjang. Jangka hayat
salamander ini boleh hidup diantara umur 10hingga 15 tahun. Panjangkan umur
salamander ini. Axolotl sering hidup di dalam air dan suka memakan ikan kecil,
cacing, dan larva.
Sebenarnya terdapat pelbagai spesis ikan yang pelik yang
wujud di sekeliling kita. Selain ikan, terdapat juga haiwan dan tumbuhan yang
pelik dan unik.
Sampai di sini sahaja penulisan saye. Terima kasih kerana
sudi membaca.
p/s: kalau ada silap dan salah, saya minta maaf dan tolong
betulkan ye..terima kasih
No comments:
Post a Comment